Blogger Backgrounds

Followers

slideshow

Tuesday, April 3, 2012

Muka Depan

KOLEJ UNITI
Port Dickson, Negeri Sembilan

PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

TEKNOLOGI UNTUK KANAK-KANAK
DPP 3122

TAJUK:
Tugasan Kumpulan
 (Blog: sayur-sayuran) 

NAMA PENSYARAH:
Cik Nurul Syazwani Binti Md Yusof
Cik Nur Izzatie Binti Isa

Group: F

Semester: 4

NAMA AHLI KUMPULAN:
Bil
Nama
 No. Matrik
1.       
Noraini binti Sulaiman
7537
2.       
Amira Shafika binti Hussin
7552
3.       
Noor Safiqah binti Abd Malik
7554
4.       
Siti Nazurah binti Rahmat
7535

Saturday, March 24, 2012

apa itu sayur-sayuran adik-adik?

Sayur-sayuran memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.


Jika dahulu sayur-sayuran hanya menjadi santapan ruji penghuni-penghuni kuil, tetapi kini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun turut menjadikannya sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan matian yang paling tinggi.


Secara amnya, setiap sayur-sayuran  ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memujarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran  ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.
Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan  ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan. 

kebaikan memakan sayur

Antara makanan seimbang yang perlu diutamakan adalah sayur-sayuran. Umum mengetahui, sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi.
Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat tersendiri kepada tubuh badan.
Kajian telah menunjukkan  melalui sayur-sayuran yang mempunyai banyak serat penting boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan risiko penyakit berbahaya di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.
5 kebaikan memakan sayur-sayuran adalah seperti:
  • Mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan serat,  fitonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.
  • Kaya dengan sumber protein dan mineral. Contohnya, sayur bronkoli mengandungi vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan.
  • Baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi prebiotik yang merupakan antigen (pemangkin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.
  • Membantu minda dan emosi supaya lebih tenang dan melapangkan fikiran. Contohnya, daun salad yang mengandungi karotin, serat dan air dapat membantu melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan rasa dahaga pada badan.
  • Menjadi penawar kepada penyakit seperti timun yang mengandungi racun alkoloid. Timun atau mentimun amat berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah kecacingan. Sayuran ini juga memberi kebaikan khususnya dalam merawat penyakit batuk.