Blogger Backgrounds

Followers

slideshow

Tuesday, April 3, 2012

Muka Depan

KOLEJ UNITI
Port Dickson, Negeri Sembilan

PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

TEKNOLOGI UNTUK KANAK-KANAK
DPP 3122

TAJUK:
Tugasan Kumpulan
 (Blog: sayur-sayuran) 

NAMA PENSYARAH:
Cik Nurul Syazwani Binti Md Yusof
Cik Nur Izzatie Binti Isa

Group: F

Semester: 4

NAMA AHLI KUMPULAN:
Bil
Nama
 No. Matrik
1.       
Noraini binti Sulaiman
7537
2.       
Amira Shafika binti Hussin
7552
3.       
Noor Safiqah binti Abd Malik
7554
4.       
Siti Nazurah binti Rahmat
7535

Saturday, March 24, 2012

apa itu sayur-sayuran adik-adik?

Sayur-sayuran memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.


Jika dahulu sayur-sayuran hanya menjadi santapan ruji penghuni-penghuni kuil, tetapi kini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun turut menjadikannya sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan matian yang paling tinggi.


Secara amnya, setiap sayur-sayuran  ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memujarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran  ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.
Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan  ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan. 

kebaikan memakan sayur

Antara makanan seimbang yang perlu diutamakan adalah sayur-sayuran. Umum mengetahui, sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi.
Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat tersendiri kepada tubuh badan.
Kajian telah menunjukkan  melalui sayur-sayuran yang mempunyai banyak serat penting boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan risiko penyakit berbahaya di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.
5 kebaikan memakan sayur-sayuran adalah seperti:
  • Mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan serat,  fitonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.
  • Kaya dengan sumber protein dan mineral. Contohnya, sayur bronkoli mengandungi vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan.
  • Baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi prebiotik yang merupakan antigen (pemangkin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.
  • Membantu minda dan emosi supaya lebih tenang dan melapangkan fikiran. Contohnya, daun salad yang mengandungi karotin, serat dan air dapat membantu melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan rasa dahaga pada badan.
  • Menjadi penawar kepada penyakit seperti timun yang mengandungi racun alkoloid. Timun atau mentimun amat berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah kecacingan. Sayuran ini juga memberi kebaikan khususnya dalam merawat penyakit batuk.  

KELEBIHAN MEMAKAN SAYUR-SAYURAN

Sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral dan serat yang baik.Kebanyakan  sayur-sayuran secara semula jadinya kurang mengandungi lemak dan dapat membekalkan zat-zat penting dan bahan-bahan lain seperti serat, yang sangat penting ada kesihatan. Sayur-sayuran ini adalah sumber vitamin C, vitamin E , karotinoid yang terbaik. Ini termasuk sumber yang membentuk vitamin A dan asid folik.

Zat antioksidan (seperti vitamin C, karatinoid, vitamin E dan beberapa jenis mineral) yang terdapat dalam makanan dari tumbuh-tumbuhan, kebelakangan ini, telah menarik minat ramai ahli-ahli sains dan orang ramai kerana ia dikatakan memiliki peranan penting bagi mengurangkan risiko sesetengah penyakit kanser dan beberapa penyakit kronik. Jadi, untuk mengekalkan zat-zat ini janganlah memasak sayur-sayuran terlalu lama kerana dengan berbuat demikian  ia akan  merosakkan zat-zat tersebut. Sayur-sayuran  hendaklah dimakan segar.

Asid folik ataufolate (sebahagian dari vitamin B kompleks) dapat mengurangkan  risiko kecacatan  kelahiran  yang  serius. Mineral seperti potasium dan kalsium yang terdapat dalam banyak jenis sayur-sayuran  mungkin boleh mengurangkan  risiko tekanan darah tinggi.

kepentingan sayur-sayuran

Tomato : mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .


Timun: Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk, penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara .


Lobak : Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. biasa saya ambil untuk mengekalkan penglihatan saya, ianya elok untuk menjaga mata.



Rancangan Mengajar

 

RANCANGAN MENGAJAR

Nama Kelas               : Tadika Sinar Harapan.
Bilangan Murid         : 25 orang
Umur                          : 5 Tahun
Hari / Minggu            : Rabu / 11
Tarikh                        : 14 MAC 2011
Cadangan Masa        : 9.00-9.30 pagi (30 minit)
Tema                          : Alam Hidupan ( Sayur-Sayuran)
Tunjang Utama         : Tunjang Sains Dan Teknologi – Awal Sains
Tunjang Disepadukan: Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia.

Standard Pembelajaran Utama :
( ST 3.3.7) Memerhati dan mengumpulkan sayur-sayuran mengikut ciri berikut :
a.       Berbiji.

Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
( BM 2.2.8 ) Bersoal jawab secara sopan.

Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat :
        i.            Melihat dan mengumpulkan sayur-sayuran seperti mengikut sayur-sayuran yang mempunyai biji.
      ii.            Bersoal jawab secara sopan bersama guru.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenal sayur-sayuran.
Penerapan Nilai :Kerjasama.
ABM : Bakul, plastik jernih, sayur-sayuran, meja, bekas, LCD, Laptop.
KBKK : Menjana Idea.


RANCANGAN MENGAJAR


LANGKAH /
MASA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID

Set Induksi
( 5 Minit )
         - Guru masuk ke dalam kelas sambil membawa sebuah bakul yang dibungkus dengan plastik jernih.

         -  Guru mengelilingi meja murid sambil membawa bakul tersebut.


         - Guru meletakkan bakul tersebut di atas meja.
         - Pelajar melihat guru masuk ke dalam kelas.






         -  Pelajar melihat guru mereka berjalan di sekeliling mereka.



        -  Pelajar melihat guru meletakkan bakul tersebut di atas meja.
ABM: Plastik jernih, Bakul


Objektif : -



Nilai : Kerjasama



KBKK : menjana idea.
Langkah 1
(10 minit)
         -  Guru membuka plastik tersebut dan menyuruh pelajar melihat apa yang ada di dalam bakul tersebut.

         -  Guru menanyakan soalan kepada murid.

Contoh : ‘Apa yang dapat kamu lihat di dalam bakul tersebut sekarang?’

          - Guru menyusun beberapa bakul yang lain di atas meja yang digabung dua.

          - Bekas tersebut dilabel dengan perkataan berbiji.


           -Guru memberi arahan kepada murid untuk membahagikan 5 kumpulan.

         -  Guru menyuruh kumpulan 1 pergi ke hadapan kelas untuk mengasingkan sayur yang berbiji dan meletakkan sayur-sayuran tersebut ke dalam bekas yang disediakan.

      - Guru menyuruh kumpulan seterusnya melakukan perkara yang sama seperti kumpulan 1 lakukan.
         - Pelajar melihat guru membuka plastik dan melihat barang yang ada di dalam bakul tersebut.


         -  Pelajar menjawab soalan guru.


Contoh : ‘Ada banyak sayur di dalam bakul itu cikgu’.


         - Pelajar melihat guru menyusun beberapa bakul di atas meja.



          - Pelajar melihat bekas yang telah dilabel oleh guru mereka.

          - Pelajar membahagikan kumpulan seperti arahan guru.

          - Kumpulan 1 pergi ke hadapan dan mengambil 1 sayur yang berbiji ke dalam bekas yang telah dilabel.







           - Kumpulan seterusnya mengulangi proses yang sama seperti kumpulan 1 lakukan.
ABM : Bakul. Plastik jernih, sayur-sayuran, meja, bekas



Objektif : (1)




Nilai : Kerjasama




KBKK : Menjana idea

Langkah 2
( 10 minit )

          - Guru menanyakan soalan seterusnya kepada pelajar.

Contoh : ‘Sayur apakah yang mempunyai biji?.

         -  Guru menunjukkan slide show bergambar sayur-sayuran yang mempunyai biji dan tidak mempunyai biji.

         -  Guru meminta wakil kumpulan 1 untuk ke hadapan menunjukkan sayur yang mempunyai biji.

          - Wakil kumpulan seterusnya bangun pergi ke hadapan untuk melakukan perkara yang sama seperti wakil kumpulan 1.


          - Pelajar menjawab soalan guru seterusnya.


Contoh : ‘Sayur bendi mempunyai biji cikgu’.


         -  Pelajar melihat slide show yang telah ditunjukkan oleh guru.






          -Wakil kumpulan 1 bangun ke hadapan dan mengambil bendi lalu menunjukkan kepada rakan yang lain.

         -  Wakil kumpulan seterusnya bangun dan mengulangi proses yang sma seperti wakil kumpulan 1.
ABM : Sayur-sayuran, LCD, Laptop, Bakul, Bekas

Objektif : ( i ),( ii)

Nilai:Kerjasama,




KBKK:Menjana idea.

















Penutup
( 5 Minit )
          - Guru menunjukkan kembali sayur-sayuran mengikut cirri berbiji kepada pelajar.

          - Guru membuat rumusan tentang pelajaran yang telah diajar kepada pelajar.
          - Pelajar melihat sayur yang ditunjukkan oleh guru.




          - Pelajar mendengar rumusan daripada guru mereka
ABM: sayur-sayuran

Objektif : -

Nilai : kerjasama.

KBKK : menjana idea.

lembaran kerja : 5 tahun

ARAHAN : PADANKAN MENGIKUT PERKATAAN YANG BETUL.


                        tidak berbiji

                         berbiji

                          berbiji

                          tidak berbiji

       berbiji
      




penutup

kita sudah pun sampai ke penghujung blog ini. 
sayur-sayuran amat penting untuk kita ya adik-adik.
adik-adik perlu mengambil lebih banyak sayur-sayuran ketika makan.
ibu bapa juga haruslah lebih banyak memasak sayur untuk tumbesaran anak.

- sekian terima kasih -