Blogger Backgrounds

Followers

slideshow

Saturday, March 24, 2012

Rancangan Mengajar

 

RANCANGAN MENGAJAR

Nama Kelas               : Tadika Sinar Harapan.
Bilangan Murid         : 25 orang
Umur                          : 5 Tahun
Hari / Minggu            : Rabu / 11
Tarikh                        : 14 MAC 2011
Cadangan Masa        : 9.00-9.30 pagi (30 minit)
Tema                          : Alam Hidupan ( Sayur-Sayuran)
Tunjang Utama         : Tunjang Sains Dan Teknologi – Awal Sains
Tunjang Disepadukan: Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia.

Standard Pembelajaran Utama :
( ST 3.3.7) Memerhati dan mengumpulkan sayur-sayuran mengikut ciri berikut :
a.       Berbiji.

Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
( BM 2.2.8 ) Bersoal jawab secara sopan.

Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat :
        i.            Melihat dan mengumpulkan sayur-sayuran seperti mengikut sayur-sayuran yang mempunyai biji.
      ii.            Bersoal jawab secara sopan bersama guru.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenal sayur-sayuran.
Penerapan Nilai :Kerjasama.
ABM : Bakul, plastik jernih, sayur-sayuran, meja, bekas, LCD, Laptop.
KBKK : Menjana Idea.


RANCANGAN MENGAJAR


LANGKAH /
MASA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID

Set Induksi
( 5 Minit )
         - Guru masuk ke dalam kelas sambil membawa sebuah bakul yang dibungkus dengan plastik jernih.

         -  Guru mengelilingi meja murid sambil membawa bakul tersebut.


         - Guru meletakkan bakul tersebut di atas meja.
         - Pelajar melihat guru masuk ke dalam kelas.






         -  Pelajar melihat guru mereka berjalan di sekeliling mereka.



        -  Pelajar melihat guru meletakkan bakul tersebut di atas meja.
ABM: Plastik jernih, Bakul


Objektif : -



Nilai : Kerjasama



KBKK : menjana idea.
Langkah 1
(10 minit)
         -  Guru membuka plastik tersebut dan menyuruh pelajar melihat apa yang ada di dalam bakul tersebut.

         -  Guru menanyakan soalan kepada murid.

Contoh : ‘Apa yang dapat kamu lihat di dalam bakul tersebut sekarang?’

          - Guru menyusun beberapa bakul yang lain di atas meja yang digabung dua.

          - Bekas tersebut dilabel dengan perkataan berbiji.


           -Guru memberi arahan kepada murid untuk membahagikan 5 kumpulan.

         -  Guru menyuruh kumpulan 1 pergi ke hadapan kelas untuk mengasingkan sayur yang berbiji dan meletakkan sayur-sayuran tersebut ke dalam bekas yang disediakan.

      - Guru menyuruh kumpulan seterusnya melakukan perkara yang sama seperti kumpulan 1 lakukan.
         - Pelajar melihat guru membuka plastik dan melihat barang yang ada di dalam bakul tersebut.


         -  Pelajar menjawab soalan guru.


Contoh : ‘Ada banyak sayur di dalam bakul itu cikgu’.


         - Pelajar melihat guru menyusun beberapa bakul di atas meja.



          - Pelajar melihat bekas yang telah dilabel oleh guru mereka.

          - Pelajar membahagikan kumpulan seperti arahan guru.

          - Kumpulan 1 pergi ke hadapan dan mengambil 1 sayur yang berbiji ke dalam bekas yang telah dilabel.







           - Kumpulan seterusnya mengulangi proses yang sama seperti kumpulan 1 lakukan.
ABM : Bakul. Plastik jernih, sayur-sayuran, meja, bekas



Objektif : (1)




Nilai : Kerjasama




KBKK : Menjana idea

Langkah 2
( 10 minit )

          - Guru menanyakan soalan seterusnya kepada pelajar.

Contoh : ‘Sayur apakah yang mempunyai biji?.

         -  Guru menunjukkan slide show bergambar sayur-sayuran yang mempunyai biji dan tidak mempunyai biji.

         -  Guru meminta wakil kumpulan 1 untuk ke hadapan menunjukkan sayur yang mempunyai biji.

          - Wakil kumpulan seterusnya bangun pergi ke hadapan untuk melakukan perkara yang sama seperti wakil kumpulan 1.


          - Pelajar menjawab soalan guru seterusnya.


Contoh : ‘Sayur bendi mempunyai biji cikgu’.


         -  Pelajar melihat slide show yang telah ditunjukkan oleh guru.






          -Wakil kumpulan 1 bangun ke hadapan dan mengambil bendi lalu menunjukkan kepada rakan yang lain.

         -  Wakil kumpulan seterusnya bangun dan mengulangi proses yang sma seperti wakil kumpulan 1.
ABM : Sayur-sayuran, LCD, Laptop, Bakul, Bekas

Objektif : ( i ),( ii)

Nilai:Kerjasama,




KBKK:Menjana idea.

















Penutup
( 5 Minit )
          - Guru menunjukkan kembali sayur-sayuran mengikut cirri berbiji kepada pelajar.

          - Guru membuat rumusan tentang pelajaran yang telah diajar kepada pelajar.
          - Pelajar melihat sayur yang ditunjukkan oleh guru.




          - Pelajar mendengar rumusan daripada guru mereka
ABM: sayur-sayuran

Objektif : -

Nilai : kerjasama.

KBKK : menjana idea.

0 comments: