RANCANGAN MENGAJAR
Nama Kelas : Tadika Sinar Harapan.
Bilangan Murid : 25 orang
Umur : 5 Tahun
Hari / Minggu : Rabu / 11
Tarikh : 14 MAC 2011
Cadangan Masa : 9.00-9.30 pagi (30 minit)
Tema : Alam Hidupan ( Sayur-Sayuran)
Tunjang Utama : Tunjang Sains Dan Teknologi – Awal Sains
Tunjang Disepadukan: Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia.
Standard Pembelajaran Utama :
( ST 3.3.7) Memerhati dan mengumpulkan sayur-sayuran mengikut ciri berikut :
a. Berbiji.
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
( BM 2.2.8 ) Bersoal jawab secara sopan.
Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat :
i. Melihat dan mengumpulkan sayur-sayuran seperti mengikut sayur-sayuran yang mempunyai biji.
ii. Bersoal jawab secara sopan bersama guru.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenal sayur-sayuran.
Penerapan Nilai :Kerjasama.
ABM : Bakul, plastik jernih, sayur-sayuran, meja, bekas, LCD, Laptop.
KBKK : Menjana Idea.
RANCANGAN MENGAJAR
LANGKAH / MASA | PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN |
CATATAN |
AKTIVITI GURU | AKTIVITI MURID | |
Set Induksi ( 5 Minit ) | - Guru masuk ke dalam kelas sambil membawa sebuah bakul yang dibungkus dengan plastik jernih.
- Guru mengelilingi meja murid sambil membawa bakul tersebut.
- Guru meletakkan bakul tersebut di atas meja. | - Pelajar melihat guru masuk ke dalam kelas.
- Pelajar melihat guru mereka berjalan di sekeliling mereka.
- Pelajar melihat guru meletakkan bakul tersebut di atas meja. | ABM: Plastik jernih, Bakul
Objektif : -
Nilai : Kerjasama
KBKK : menjana idea. |
Langkah 1 (10 minit) | - Guru membuka plastik tersebut dan menyuruh pelajar melihat apa yang ada di dalam bakul tersebut.
- Guru menanyakan soalan kepada murid.
Contoh : ‘Apa yang dapat kamu lihat di dalam bakul tersebut sekarang?’
- Guru menyusun beberapa bakul yang lain di atas meja yang digabung dua.
- Bekas tersebut dilabel dengan perkataan berbiji.
-Guru memberi arahan kepada murid untuk membahagikan 5 kumpulan.
- Guru menyuruh kumpulan 1 pergi ke hadapan kelas untuk mengasingkan sayur yang berbiji dan meletakkan sayur-sayuran tersebut ke dalam bekas yang disediakan.
- Guru menyuruh kumpulan seterusnya melakukan perkara yang sama seperti kumpulan 1 lakukan. | - Pelajar melihat guru membuka plastik dan melihat barang yang ada di dalam bakul tersebut.
- Pelajar menjawab soalan guru.
Contoh : ‘Ada banyak sayur di dalam bakul itu cikgu’.
- Pelajar melihat guru menyusun beberapa bakul di atas meja.
- Pelajar melihat bekas yang telah dilabel oleh guru mereka.
- Pelajar membahagikan kumpulan seperti arahan guru.
- Kumpulan 1 pergi ke hadapan dan mengambil 1 sayur yang berbiji ke dalam bekas yang telah dilabel.
- Kumpulan seterusnya mengulangi proses yang sama seperti kumpulan 1 lakukan. | ABM : Bakul. Plastik jernih, sayur-sayuran, meja, bekas
Objektif : (1)
Nilai : Kerjasama
KBKK : Menjana idea |
Langkah 2 ( 10 minit ) |
- Guru menanyakan soalan seterusnya kepada pelajar.
Contoh : ‘Sayur apakah yang mempunyai biji?.
- Guru menunjukkan slide show bergambar sayur-sayuran yang mempunyai biji dan tidak mempunyai biji.
- Guru meminta wakil kumpulan 1 untuk ke hadapan menunjukkan sayur yang mempunyai biji.
- Wakil kumpulan seterusnya bangun pergi ke hadapan untuk melakukan perkara yang sama seperti wakil kumpulan 1.
|
- Pelajar menjawab soalan guru seterusnya.
Contoh : ‘Sayur bendi mempunyai biji cikgu’.
- Pelajar melihat slide show yang telah ditunjukkan oleh guru.
-Wakil kumpulan 1 bangun ke hadapan dan mengambil bendi lalu menunjukkan kepada rakan yang lain.
- Wakil kumpulan seterusnya bangun dan mengulangi proses yang sma seperti wakil kumpulan 1. | ABM : Sayur-sayuran, LCD, Laptop, Bakul, Bekas
Objektif : ( i ),( ii)
Nilai:Kerjasama,
KBKK:Menjana idea.
|
Penutup ( 5 Minit ) | - Guru menunjukkan kembali sayur-sayuran mengikut cirri berbiji kepada pelajar.
- Guru membuat rumusan tentang pelajaran yang telah diajar kepada pelajar. | - Pelajar melihat sayur yang ditunjukkan oleh guru.
- Pelajar mendengar rumusan daripada guru mereka | ABM: sayur-sayuran
Objektif : -
Nilai : kerjasama.
KBKK : menjana idea. |